PENGARUH SIKAP, KESEDIAAN DAN EFIKASI-KENDIRI GURU TERHADAP PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP)

Authors

  • Adriana Muhamad Akhir Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Muhamad Suhaimi Taat Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Syahrul Nizam Salam Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat pengaruh secara langsung dan tidak langsung sikap, kesediaan dan efikasi-kendiri guru terhadap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) guru-guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 360 orang guru telah terpilih sebagai responden kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian. Analisis data pula adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 25.0 dan AMOS. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi dan peratus serta statistik inferensi yang melibatkan ujian regresi berganda dan analisis laluan SEM. Keputusan analisis laluan model struktur menunjukkan ketiga-ketiga variabel peramal mempengaruhi secara signifikan ke atas variabel kriteria iaitu KPP sebanyak 18.8%. Efikasi-kendiri guru dilihat mempunyai pengaruh secara langsung paling besar terhadap pelaksanaan KPP iaitu dengan nilai beta=0.30. Implikasi utama kajian ini ialah cadangan agar dapat ditingkatkan tahap sikap dan kesediaan guru terhadap pelaksanaan KPP agar guru-guru sentiasa mempunyai efikasi-kendiri yang tinggi. Kajian ini diharap dapat membantu merangka dasar-dasar baharu berkaitan dengan pembangunan profesionalisme guru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Adriana Muhamad Akhir, Muhamad Suhaimi Taat, & Syahrul Nizam Salam. (2024). PENGARUH SIKAP, KESEDIAAN DAN EFIKASI-KENDIRI GURU TERHADAP PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1732