PENGGUNAAN APLIKASI ‘VIDEO-CONFERENCING’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: PERSEPSI PELAJAR DIPLOMA AKAUNTASI (DAT) POLISAS

Authors

  • Rina Fakhizan Mohd Sukri Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia
  • Wahidah Mat Said Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia
  • Kamal Hisam Abdul Halim Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia

Abstract

Pembelajaran mudah alih atau e-pembelajaran atau m-pembelajaran semakin popular di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan bukanlah satu fenomena baru. Namun semenjak Malaysia diserang Pandemik COVID-19, pembelajaran secara mudah alih ini seakan menjadi satu kewajipan pada semua IPT. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana aplikasi ‘Video-Conferencing’ memberi kesan kepada PdP. Pengumpulan data dijalankan melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik ke atas 48 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester 5 Diploma Akauntasi (DAT) Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan Sistem Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan responden menggunakan ‘Video-Conferencing’ dalam pembelajaran. Keputusan menunjukkan responden tiada masalah dalam penggunaan ‘Video-Conferencing’ dalam pembelajaran. Walau bagaimana pun responden tidak bersetuju bahawa pembelajaran melalui ‘Video-Conferencing’ mencapai objektif dan hasil pembelajaran kursus.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Rina Fakhizan Mohd Sukri, Wahidah Mat Said, & Kamal Hisam Abdul Halim. (2024). PENGGUNAAN APLIKASI ‘VIDEO-CONFERENCING’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: PERSEPSI PELAJAR DIPLOMA AKAUNTASI (DAT) POLISAS . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1733