PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) DALAM PENGAJARAN TARANNUM AL- QURAN
Abstract
Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan sumber rujukan utama dalam mempelajari ilmu tarannum. Inti pati kedua-dua sumber ini dapat difahami melalui agenda Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Menyedari akan kepentingan perubahan reka bentuk pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) untuk generasi masa kini, inisiatif pembelajaran abad ke-21 telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara yang menggariskan ciri-ciri pembelajaran yang lebih dinamik dan memenuhi keperluan masa kini. Oleh itu, artikel ini membincangkan hasil kajian yang memfokuskan kepada pelaksanaan pengajaran tarannum al-Quran dalam kalangan guru pelatih Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ). Kajian yang dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah triangulasi iaitu temu bual semi- struktur, pemerhatian sesi pengajaran dan analisis dokumen terhadap enam orang informan guru pelatih Sarjana Muda Pendidikan Islam, pengkhususan dalam Pengajian al-Quran. Dapatan kajian mendedahkan bahawa para informan berjaya melaksanakan pengajaran tarannum al-Quran berasaskan elemen pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) secara dinamik. Disamping itu, pelaksanaan pengajaran tarannum al-Quran berasaskan PAK 21 turut diaplikasikan dalam sesi PdPc melalui kepelbagaian strategi pengajaran dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai. Justeru, penulisan artikel ini mencadangkan agar pelaksanaan pengajaran tarannum al-Quran perlu diperkasakan dari masa ke semasa terutama dalam aspek pengaplikasian strategi PAK 21 dan BBM agar ianya sesuai dengan keperluan pelajar masa kini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Robiatul Adawiah Jamali, & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. (2024). PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) DALAM PENGAJARAN TARANNUM AL- QURAN . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1734
Issue
Section
Articles