PERSEPSI MURID TERHADAP PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
Abstract
Pembelajaran koperatif merupakan salah satu kaedah pembelajaran PAK-21 yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid. Kaedah ini menjadikan murid saling bekerjasama dalam menuntut ilmu seterusnya menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kemenjadian murid dengan menggalakkan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti perbezaan persepsi murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif, mengenal pasti tahap persepsi murid berpencapaian tinggi dan rendah terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif dan mengenal pasti tahap motivasi belajar murid berpencapaian tinngi dan berpencapaian terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran bahasa Inggeris sekolah rendah. Seramai 227 murid tahun 5 dari 3 buah sekolah telah dipilih secara rawak mudah menggunakan kaedah tinjauan. Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berkenaan persepsi murid berpencapaian tinggi dan murid berpencapaian rendah terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif. Manakala, purata min untuk tahap persepsi murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif sekolah rendah adalah tinggi iaitu 4.076 dan purata min untuk tahap motivasi belajar murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif dalam bahasa Inggeris sekolah rendah juga tinggi iaitu 3.998. Pembelajaran koperatif memberi kesan yang positif kepada motivasi belajar dan persepsi murid seterusnya murid berpencapaian tinggi dan murid berpencapaian rendah dapat bekerjasama dan menjalin hubungan yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Ummi Salehah Hamzah, & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2024). PERSEPSI MURID TERHADAP PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1736
Issue
Section
Articles