PEMBELAJARAN AKTIF DALAM TALIAN UNTUK CERPEN KOMPONEN SASTERA: ANALISIS PENCAPAIAN, MINAT DAN TINGKAH LAKU
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau pembelajaran aktif dalam talian untuk cerpen komponen sastera: analisis pencapaian, minat dan tingkah laku. Kajian ini dijalankan diZon Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daerah. Responden kajian ini terdiri daripada 350 orang murid di sepuluh buah sekolah iaitu sebuah sekolah lelaki, sekolah perempuan dan lapan buah sekolah campuran. Borang soal selidik diedarkan kepada responden kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran aktif dalam talian untuk cerpen komponen sastera (KOMSAS) adalah memuaskan. Namun begitu, pelajar mengambil masa yang agak panjang untuk mengaplikasikan pembelajaran aktif dalam talian untuk cerpen komponen sastera (KOMSAS). Ujian–t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pelaksanaan pembelajaran aktif dalam talian untuk cerpen komponen sastera (KOMSAS) mengikut jantina t(350)=2.315; sig=.310, minat t(350)=- 2.371 sig=00. Ujian Anova Sehala yang dijalankan pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan F(3.116)=2.60; p=.05) bagi pembelajaran aktif dalam talian untuk cerpen komponen sastera (KOMSAS) mengikut kaum. Ini bermakna bahawa aspek jantina, aliran, kaum, pencapaian, minat, dan tingkah laku mempengaruhi pembelajaran aktif dalam talian untuk cerpen komponen sastera (KOMSAS). Justeru pihak pelaksana harus mengambil kira kesemua aspek itu dalam penerapan pembelajaran aktif dalam talian untuk cerpen komponen sastera (KOMSAS). Iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di sekolah untuk mencapai hasil pembelajaran yang optima.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
V. Ravindran M. Veloo, & Adenan Ayob. (2024). PEMBELAJARAN AKTIF DALAM TALIAN UNTUK CERPEN KOMPONEN SASTERA: ANALISIS PENCAPAIAN, MINAT DAN TINGKAH LAKU. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1737
Issue
Section
Articles