MENGHAYATI ENSERA MENGGUNAKAN TEKNIK BERLAKON DI DALAM KELAS
Abstract
Pengaruh persekitaran bilik darjah merupakan elemen yang sangat penting kerana dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Iban di sekolah terutamanya minat terhadap kesusasteraan Iban. Aktiviti yang menyeronokkan seperti menggunakan teknik berlakon dalam pengajaran dan pembelajaran ensera (cerita rakyat Iban), mampu mengasah bakat pelajar dari aspek bidang seni lakonan serta dapat membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Teknik berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari kerana pelajar boleh berlajar sambil menghiburkan hati pelajar. Teknik ini dapat dijalankan jika guru berkebolehan dan berupaya menyediakan skrip lakonan atau dialog pendek dalam ensera dengan jalan cerita yang menarik dan meminta pelajar untuk membaca dan mengingat dialog tersebut. Aktiviti ini dapat melahirkan unsur penghayatan termasuklah perwatakan, gaya bahasa, nilai, keindahan, unsur budaya dan seumpamanya. Dengan itu, pelajar-pelajar Iban dapat menghayati ensera dengan baik dan mampu menguasainya. Kaedah kajian menggunakan kaedah lapangan memanfaatkan tiga jenis kaedah penyelidikan iaitu kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan rakaman video. Dapatan kajian menunjukkan peranan penghayatan ensera melalui teknik berlakon dalam konteks pengajaran dan pembelajaran digunakan sepenuhnya dalam bilik darjah. Implikasinya ialah pelajar boleh memberikan pendapat yang sangat bernas dari aspek ilmu pengetahuan, pengalaman sedia ada, penikmatan dan penghayatan, dan mendorong minat pelajar dalam pengajaran bahasa Iban dengan penghayatan ensera.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Doratya Gerry, & Chemaline Osup. (2024). MENGHAYATI ENSERA MENGGUNAKAN TEKNIK BERLAKON DI DALAM KELAS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1738
Issue
Section
Articles