TAHAP KESEDIAAN GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KLANG, SELANGOR DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DARI ASPEK PENGETAHUAN
Abstract
Kajian ini adalah usaha untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah. Antara matlamat PBD ialah untuk memastikan pendidikan yang diterima oleh murid adalah suatu keseronokan. Berdasarkan dapatan oleh Halimah Jamil dan Rozita Radhiah Said (2019), negara seperti Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada adalah antara negara yang telah lama mengamalkan pentaksiran dalam sistem pendidikan mereka. Kajian ini secara keseluruhannya memilih untuk menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif bagi menyelongkari dan memahami permasalahan yang berlaku dalam pelaksanaan PBD oleh guru di sekolah. Kaedah tinjauan semasa atau keratan lintang (Cross- Sectional Survey) akan digunakan berikutan saiz populasi yang besar. Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai alat terhadap kajian tinjauan ini. Pengkaji akan menganalisis data menggunakan analisis deskriptif. Dapatan data yang diperoleh dari soal selidik yang diedarkan kepada 500 orang responden melalui analisis menggunakan statistik deskriptif yang dijelaskan melalui pengiraan analisis frekuensi kekerapan, nilai min, peratusan dan sisihan piawai menunjukkan tahap pengetahuan guru adalah tinggi dalam pelaksanaan PBD di sekolah. Selain itu, melalui ujian Anova sehala dalam kajian ini mendapati terdapat perbezaan secara signifikan yang kecil antara pengetahuan guru terhadap pelaksanaan PBD dengan tempoh perkhidmatan mereka. Walaupun semua guru mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, data menunjukkan guru yang berkhidmat lebih lama mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi berbanding guru yang baru berkhidmat. Kesimpulannya, tahap pelaksanaan PBD di Sekolah Rendah Negeri Selangor adalah adalah tinggi. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah, kaedah atau pendekatan yang boleh diguna pakai dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan guru semasa pelaksanaan PBD.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria, & Suhaila Muner. (2024). TAHAP KESEDIAAN GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KLANG, SELANGOR DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DARI ASPEK PENGETAHUAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1759
Issue
Section
Articles