PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN SAMBIL BERMAIN MENGGUNAKAN GAJET DI PRASEKOLAH
Abstract
Pembelajaran Abad Ke-21 telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 dimana PAK21 pernah menjadi isu yang hangat diperkatakan bagi memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini serta membawa pembaharuan dalam pendidikan di Malaysia. Penggunaan gajet dalam pembelajaran bukan insiatif yang baharu dalam dunia pendidikan. Tidak dinafikan bahawa tidak semua kecanggihan ini dirasai oleh semua tempat khususnya di kawasan pedalaman. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pembelajaran menggunakan gajet di prasekolah di pedalaman bahagian Kapit Sarawak. Terdapat 3 aspek utama dalam kajian yang dijalankan iaitu penggunaan gajet dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah di pedalaman Sarawak, kesan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan gajet di dalam prasekolah serta kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan gajet di prasekolah di pedalaman Sarawak. Kajian yang berbentuk deskriptif ini melibatkan 40 orang guru daripada sekolah pedalaman di sekitar daerah Song dan Kapit, Sarawak. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berstruktur yang mempunyai 10 item menggunakan maklum balas skala Likert 5 poin. Nilai koefisien kebolehpercayaan, alpha Cronbach bagi soal selidik ini adalah 0.65. Data-data dianalisis bagi mendapatkan nilai peratusan dan frekuensi melalui Pakej Statistik bagi Sains Sosial (SPSS). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai pandangan dan kesan yang positif terhadap penggunaan gajet di prasekolah. Selain itu,penggunaan gajet di prasekolah juga menunjukkan kekangan yang banyak terutamanya melibatkan kemampuan murid serta capaian internet yang kurang memuaskan di pedalaman Sarawak. Kajian ini membolehkan guru untuk mempelbagaikan kaedah dan pendekatan pembelajaran di prasekolah agar kanak-kanak prasekolah di pedalaman mendapat Pendidikan setaraf dengan Pendidikan prasekolah di bandar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Dayang Nurshafiqa Abang Ahmad, & Suziyani Mohamed. (2024). PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN SAMBIL BERMAIN MENGGUNAKAN GAJET DI PRASEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1760
Issue
Section
Articles