FAKTOR JANTINA, KAUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI KEPERLUAN DALAM PRESTASI AKADEMIK
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor jantina dan kaum di antara motivasi keperluan dengan prestasi pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Kaedah tinjaun melalui soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data. Seramai 400 orang pelajar tingkatan 3 dari lima buah sekolah menengah dari kawasan Skudai, Johor telah dipilih sebagai responden kajian melalui teknik persampelan rawak berstrata. Borang soal selidik David McClelland Motives Questionnaire digunakan sebagai instrumen kajian, borang ini merangkumi tiga domain motivasi iaitu keperluan pencapaian, keperluan afiliasi dan keperluan kuasa. Statistik inferensi ujian-T dan korelasi Pearson telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Analisis ujian-T menyatakan tidak terdapat perbezaan signifikan antara jantina dan kaum dengan skor motivasi pelajar. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif signifikan yang lemah antara skor motivasi dengan min skor prestasi akademik pelajar. Sebagai kesimpulan kajian, motivasi keperluan mempunyai pengaruh terhadap prestasi akademik pelajar. Guru perlu menggunakan gaya pengajaran yang berbagai dan menggalakkan pelajar dari masa ke semasa untuk memotivasikan mereka untuk mencapai kecemerlangan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Hii Ting Tiang, & Shahlan Surat. (2024). FAKTOR JANTINA, KAUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI KEPERLUAN DALAM PRESTASI AKADEMIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1761
Issue
Section
Articles