PERSEPSI AMALAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH: TINJAUAN TERHADAP PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT
Abstract
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam subjek Sejarah selalu dianggap membosankan oleh para pelajar malahan ianya sudah menjadi stigma dengan beranggapan bahawa mempelajari Sejarah memerlukan keupayaan daya ingatan yang tinggi untuk mengingati fakta-fakta yang perlu dihafal. Namun, persepsi ini perlu diperbetulkan kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun memperkenalkan kemahiran kreatif dan kritis dalam subjek-subjek yang diajar di seluruh Malaysia termasuklah subjek Sejarah. Dalam subjek Sejarah, kemahiran kreatif dan kritis diukur dengan menggunakan kemahiran pemikiran Sejarah (KPS) dalam pembelajaran subjek Sejarah. Ianya bertujuan agar pelajar tidak lagi hanya fokus kepada menghafal fakta semata-mata, malahan menjadikan KPS itu sendiri sebagai elemen yang dapat menjadikan PdP subjek Sejarah lebih menarik di samping dapat melahirkan pelajar pintar dan berbakat yang berjiwa patriotik. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan bagi menilai amalan KPS di kalangan pelajar pintar dan berbakat di Kolej GENIUS@PINTAR Negara, UKM. Bagi mencapai matlamat itu, seramai 410 orang pelajar telah dipilih secara rawak bagi memenuhi keperluan kajian ini. Kesemua responden terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan Asas 1 hingga Tahap 2 yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 17 tahun. Instrumen skala likert telah digunakan bagi melihat butir-butiran yang dijadikan kayu ukur terhadap amalan KPS di kalangan para pelajar pintar dan berbakat antaranya identifikasi bukti Sejarah, interpretasi Sejarah, rasionalisasi Sejarah, imaginasi Sejarah dan identifikasi kronologi Sejarah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nurul Hafizah Maarof, Nurul Suzaina Joli, Kamarul Zaman Hamzah, & Rorlinda Yusof. (2024). PERSEPSI AMALAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH: TINJAUAN TERHADAP PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1764
Issue
Section
Articles