INOVASI VIDEO PENGAJARAN 360 DARJAH: PENERIMAAN BAKAL GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI REALITI MAYA DAN APLIKASI THINGLINK
Abstract
Dalam usaha menarik minat pelajar semasa mengikuti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu, para pendidik boleh memberikan pertimbangan terhadap pengggunaan teknologi Reality Maya (Virtual Reality) dan Aplikasi ThingLink. Aplikasi ThingLink dapat dintegrasikan dengan peranti kotak VR berupaya menghadirkan pengalaman baharu kepada bakal guru Bahasa Melayu sebagai langkah awal mewujudkan persekitaran maya di dalam bilik darjah. Video pengajaran 360 darjah merupakan inovasi yang dibangunkan dan disuaipadan dengan keperluan lapan tema yang terkandung dalam Buku Teks Bahasa Melayu. Malah, video pengajaran ini juga telah diteliti kandungannya mengikut Rancangan Pengajaran Harian Guru bagi kegunaan di dalam bilik darjah. Kajian ini meninjau tahap penerimaan 40 orang bakal guru Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM), Fakulti Pengajian Pendidikan terhadap penggunaan teknologi Realiti Maya (Virtual Reality) dan Aplikasi ThingLink dalam proses menghasilkan bahan inovasi pengajaran. Instrumen kajian yang dibina adalah berasaskan kepada Model Penerimaan Teknologi (TAM). Secara keseluruhannya, dapatan kajian menemukan bahawa penggunaan teknologi realiti maya dan aplikasi ThingLink mampu memudahkan bakal guru menghasilkan inovasi video pengajaran 360 darjah dengan berkesan, berupaya menarik dan mengekalkan perhatian murid di dalam bilik darjah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Marzni Mohamed Mokhtar, Marni Jamil, Evi Indriasari Mansor, Nurfadhlina Mohd Sharef, & Nida Md Khambari. (2024). INOVASI VIDEO PENGAJARAN 360 DARJAH: PENERIMAAN BAKAL GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI REALITI MAYA DAN APLIKASI THINGLINK. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1765
Issue
Section
Articles