KEBERKESANAN GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN TEKNOLOGI REKABENTUK WEB

Authors

  • Zuraihah Ngadengon Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Mersing, Malaysia
  • Fatimah Rahmat Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Mersing, Malaysia
  • Nurul Shakirah Mohd Zawawi Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Mersing, Malaysia

Abstract

Pelajar yang mengambil kursus pengaturcaraan Teknologi Rekabentuk Web berpendapat kursus ini sukar untuk dipelajari kerana mereka perlu menguasai pelbagai bahasa pengaturcaraan iaitu Hypertext Markup Language (HTML), Cascading Style Sheets (CSS), JavaScript (JS) dan jQuery. Oleh yang demikian, sejajar dengan perkembangan teknologi pensyarah harus mengubah kaedah pendidikan tradisional kepada kaedah pembelajaran secara moden dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan generasi milineal. Keadaan ini juga disebabkan oleh fenomena pandemik COVID-19 yang memerlukan pensyarah bertindak kreatif dalam menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berupaya membantu pembelajaran kendiri pelajar bersesuaian dengan pembelajaran secara atas talian dan jarak jauh. Maka, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji tentang penggunaan gamifikasi Battle Web yang dibangun menggunakan model ADDIE sebagai BBM untuk kursus Teknologi Rekabentuk Web. Soal selidik yang mempunyai enam konstruk diedarkan bagi mendapat maklumbalas dengan penglibatan 53 orang pelajar. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Kebolehpercayaan item dilaksanakan bagi menjamin kualiti item soal selidik dan data yang diperolehi. Hasil kajian menunjukkan pelajar memberikan keputusan yang positif berkaitan penggunaan Battle Web dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka. Battle Web memberi impak terhadap proses pembelajaran pelajar dari segi motivasi, sikap dan perkembangan kognitif kerana Battle Web mempunyai elemen-elemen multimedia yang sesuai, arahan yang jelas dan bahasa yang digunakan mudah untuk difahami.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Zuraihah Ngadengon, Fatimah Rahmat, & Nurul Shakirah Mohd Zawawi. (2024). KEBERKESANAN GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN TEKNOLOGI REKABENTUK WEB. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1766