LET’S PLAY SAD: PERSEPSI DAN TAHAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

Authors

  • Nurul Shakirah Mohd Zawawi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Mersing, Malaysia
  • Puziahhaiza Pazui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Mersing, Malaysia

Abstract

Kajian ini dijalankan secara kuasi eksperimen dengan meneroka persepsi dan tahap pencapaian akademik pelajar terhadap kaedah pembelajaran berasaskan permainan buku kerja Let’s Play SAD. Seramai 56 orang pelajar dijadikan sampel bagi kumpulan eksperimen dan 58 orang pelajar lagi dijadikan sampel bagi kumpulan kawalan. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran kursus System Analysis and Design (DFC3043), kumpulan eksperimen diberi buku kerja Let’s Play SAD manakala kumpulan kawalan sebaliknya. Data diperolehi daripada borang soal selidik dan pencapaian gred markah kursus pelajar di akhir semester. Dapatan kajian menunjukkan prestasi pelajar kumpulan eksperimen lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Di samping itu, kumpulan eksperimen menunjukkan interpretasi skor min pada tahap tinggi dalam soal selidik. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa pendekatan berbentuk permainan sebagai latihan wajar digunakan sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran meningkatkan pencapaian prestasi pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nurul Shakirah Mohd Zawawi, & Puziahhaiza Pazui. (2024). LET’S PLAY SAD: PERSEPSI DAN TAHAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1767