HUBUNGAN ANTARA KEPUASAN KERJA DAN PRESTASI KERJA GURU

Authors

  • Aini Wizana Ismail School of Business Management Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Kamal Ab Hamid School of Business Management Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Shahrizal Badlishah School of Business Management Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia

Abstract

Kerajaan amat mengambil berat isu berkaitan persekolahan kerana hasil pendidikan pada masa kini akan membentuk generasi kita pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, kerajaan memandang serius aspek pendidikan negara dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan keberkesanan dan kecemerlangan sekolah melalui salah satu aspek yang terkandung dalam teras strategik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu meletakkan kualiti pencapaian akademik pelajar sebagai agenda utama reformasi pendidikan. Justeru itu, dalam usaha untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi kerja dalam kalangan guru, terdapat isu yang berkaitan yang perlu diberi penekanan. Jurang prestasi kerja guru diteliti dan diberi penekanan dari aspek kepuasan kerja, Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor kepuasan kerja dan prestasi kerja guru. Populasi kajian adalah terdiri daripada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dalam sektor pendidikan di wilayah utara, Semenanjung Malaysia. Namun begitu, bagi kajian ini fokus diberikan kepada dua lokasi negeri yang terlibat iaitu negeri Perlis dan Kedah. Pemilihan lokasi kajian ini adalah kerana sekolah yang terlibat dalam kajian ini berada di bawah satu sistem pendidikan yang melaksanakan dasar dan polisi yang sama dan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum juga sama. Malah sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini turut memperolehi peruntukan dan bantuan kewangan dalam jumlah yang hampir sama bagi seluruh negara (Kementerian Pendidikan Negara, KPM). Bagi tujuan penyelidikan, kaedah pengedaran soal selidik digunakan dalam kajian ini. Manakala proses untuk menganalisis data pula menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) Version 24. Hasil keputusan analisis mendapati bahawa kepuasan kerja mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan prestasi kerja guru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Aini Wizana Ismail, Kamal Ab Hamid, & Shahrizal Badlishah. (2024). HUBUNGAN ANTARA KEPUASAN KERJA DAN PRESTASI KERJA GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1772