KESAN PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF (STAD) DAN PEMBELAJARAN KONVENSIONAL TERHADAP PENCAPAIAN DAN SIKAP MURID DI SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Shella Devi Govindarajan Faculty Human Resource Management, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Swee Choo Goh Faculty Human Resource Management, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan kaedah instruksional pembelajaran koperatif (STAD) dan instruksional pembelajaran konvensional terhadap pencapaian dan sikap dalam matapelajaran Matematik di Sekolah Rendah. Objektif kajian ini untuk mengesan satu kaedah instruksional pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian dan sikap murid sejak di sekolah rendah lagi dalam matapelajaran Matematik. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk kuasi eksperimen siri masa. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian 1, ujian 2, ujian pasca, borang soal selidik sikap 1,2 dan 3. Bagi mengenalpasti perbezaan antara kumpulan rawatan (n=40) dan kumpulan kawalan (n=40), data dianalisis melalui One Way Anova. Selain itu, temu bual juga digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian untuk pencapaian ujian pra untuk kumpulan koperatif adalah M = 38.20 (SD = 8.321), ujian 1 adalah M = 44.75 (SD = 8.20), ujian 2 adalah M = 55.28 (SD = 7.03), dan ujian pasca adalah M = 66.53 (SD = 9.48) manakala kumpulan kawalan min untuk ujian pra adalah M = 42.20 (SD = 10.80) ujian 1 min M = 41.75 (SD = 10.07), ujian 2 min M = 41.78 (SD = 8.78) dan min ujian pasca M = 43.33 (SD = 9.74). Dapatan soal selidik adalah soal selidik 1 M = 43.10 (SD = 9.17), soal selidik 2 M = 56.05 (SD = 3.47), dan soal selidik 3 adalah M = 63.70 (SD = 3.79) bagi kumpulan rawatan manakala kumpulan kawalan pula soal selidik 1 M= 40.33(SD=10.63), soal selidik 2 M=45.44 (SD=8.63) dan soal selidik 3 nilai min M=48.71 (SD=7.66). Dapatan kajian melalui temu bual juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan memihak kepada kumpulan koperatif dalam pencapaian murid dan juga sikap murid. Hasil kajian menunjukkan murid dalam kelas pembelajaran koperatif mengatasi murid-murid pembelajaran konvensional.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Shella Devi Govindarajan, & Swee Choo Goh. (2024). KESAN PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF (STAD) DAN PEMBELAJARAN KONVENSIONAL TERHADAP PENCAPAIAN DAN SIKAP MURID DI SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1773