KESAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) KEPADA GURU BAHASA MELAYU SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Authors

  • Intan Nur Syuhada Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Zamri Mahamod Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Ugartini Magesvaran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Irma Mahad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Nurul Azira Sapian Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu dan merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan bagi menggantikan sistem pendidikan konvensional secara bersemuka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pelaksanaan PdPr kepada guru bahasa Melayu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aspek kesan dibahagikan kepada tiga konstruk utama iaitu tahap emosi, sikap dan kesihatan. Peninjauan secara kualitatif dilaksanakan dengan penglibatan 8 orang guru bahasa Melayu. Guru-guru ini berstatus guru novis dan guru berpengalaman daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Instrumen kajian yang digunakan ialah temu bual. Data temu bual dianalisis secara bertema mengikut item-item soalan yang disediakan. Hasil kajian mendapati bahawa pelaksanaan PdPr telah memberi kesan negatif tertinggi terhadap sikap guru diikuti emosi dan tahap kesihatan guru. Masalah utama yang mendorong kepada perubahan sikap guru ialah kesukaran mewujudkan komunikasi dua hala semasa PdP, murid yang tidak menghantar tugasan dan sikap ibu bapa. Aspek tekanan emosi guru semasa PdPr pula didapati berpunca daripada arahan pihak Kementerian yang sentiasa berubah-ubah manakala aspek kesihatan pula disebabkan faktor stres dan kemurungan kerana bebanan kerja semasa PdPr. Turut dicadangkan kajian lanjut dijalankan berkaitan inisiatif mengatasi masalah guru-guru bahasa Melayu sepanjang pelaksanaan PdPr.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Intan Nur Syuhada Hamzah, Zamri Mahamod, Ugartini Magesvaran, Irma Mahad, & Nurul Azira Sapian. (2024). KESAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) KEPADA GURU BAHASA MELAYU SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1774