KEDUDUKAN SASTERA ISLAM DI KALANGAN ALIRAN PEMIKIRAN SASTERA MODEN: SATU KAJIAN RINGKAS TERHADAP PANDANGAN ISLAM PADA SETIAP ALIRAN SASTERA

Authors

  • Adli Yaacob Profesor Madya, Jabatan Bahasa Arab dan Sastera Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universit

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan kedudukan mazhab sastera Islam di kalangan mazhab-mazhab sastera moden. Kemungkinan penggunaan kalimah mazhab tidak berapa popular di kalangan kita kerana dalam proses pengkaryaan dan penulisan seni lebih kerap digunakan al-Itajah (kecenderungan) atau istilah lain selain mazhab. Ini kerana mazhab seringkali dikaitkan dengan bidang dalam aliran feqah atau tawhid. Namun begitu dalam tajuk ini mazhab memberi maksud 'pegangan atau aliran pemikiran yang dianuti' oleh satu-satu golongan sehingga melahirkan hasil seni yang mempamerkan ‘itikad yang dipegangi. Setiap mazhab yang dipegangi mempunyai kaitan yang amat rapat dengan falsafah dan ideologi yang dianuti manusia. Disini penulis meringkaskan intisari dan intipati setiap mazhab yang mempengaruhi aliran pemikiran dalam proses pengkaryaan, kemudian membandingkan dengan mazhab sastera Islam supaya menjadi kayu ukur untuk dihalusi dan diteliti secara adil. Mungkin tajuk ini agak kurang popular di kalangan sesetengah sasterawan lantaran kewujudannya adalah seni kerana sesetengah sasterawan tidak mengiktiraf kewujudan mazhab dalam bidang kesusasteraan seperti Taha Husayn yang beranggapan bahawa iltizam seseorang sasterawan kepada mana mana aliran pemikiran akan mendatangkan kongkongan dalam proses pengkaryaan. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan pastinya setiap penulis mempunyai kecenderungan secara peribadi yang mempengaruhi proses pengkaryaan samada malalui pembacaan, sistem pendidikan, penglibatan dalam mana-mana gerakan politik dan kemasyarakatan atau mendokong fahaman dan ideologi tertentu. Disini, penulis akan mengupas secara ringkas tetapi menyeluruh pada setiap mazhab seterusnya menampilkan penyelesaianya dari pandangan mazhab sastera Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Adli Yaacob. (2024). KEDUDUKAN SASTERA ISLAM DI KALANGAN ALIRAN PEMIKIRAN SASTERA MODEN: SATU KAJIAN RINGKAS TERHADAP PANDANGAN ISLAM PADA SETIAP ALIRAN SASTERA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1781