HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA TERHADAP EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA: TINJAUAN AWAL

Authors

  • Karmila Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Aida Hanim Abd Hamid Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norasmah Othman Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti hubungan antara gaya kepimpinan Islam Pengetua dengan Efikasi Kendiri Guru (EK) di Sekolah Menengah Agama. Kajian tinjauan ini turut dilaksanakan bagi meneroka tahap kepimpinan Islam dalam kalangan pengetua serta tahap efikasi yang ada dalam diri guru. Data tersebut dikumpulkan daripada 50 orang guru yang berkhidmat di dua buah Sekolah Menengah Agama Swasta di Daerah Hulu Langat. Hasil analisis data merekodkan bahawa amalan kepimpinan Islam dalam kalangan Pengetua berada pada tahap sederhana tinggi bagi keseluruhan prinsip yang diamalkan. Manakala tahap efikasi kendiri guru mencapai tahap yang tinggi bagi keseluruhan dimensi. Dalam pada masa yang sama, keputusan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara gaya kepimpinan Islam Pengetua dengan EK Guru walaupun pada tahap yang lemah. Dapatan ini membuktikan bahawa amalan Kepimpinan Islam Pengetua amat berperanan dalam mempertingkatkan keupayaan pengajaran serta efikasi kendiri guru. Kajian ini merupakan kajian awal dalam menilai hubungan kepimpinan Islam pengetua ke atas tiga dimensi efikasi kendiri guru iaitu strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan murid. Kajian ini memberikan implikasi praktikal melalui bukti empirikal kepada Kementerian Pendidikan Malaysia serta pengurusan tertinggi sekolah bagi meningkatkan strategi perancangan ke arah meningkatkan kualiti kepimpinan pengetua dalam meransang efikasi kendiri pendidik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Karmila Zakaria, Aida Hanim Abd Hamid, & Norasmah Othman. (2024). HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA TERHADAP EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA: TINJAUAN AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 4(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1782