KEHIDUPAN MUHAMMAD IQBAL DAN GAGASAN SASTERA ISLAM
Abstract
Artikel ini berkenaan penyair mashur Pakistan Muhammad Iqbal. Beliau merupakan seorang tokoh yang ulung di abad ini. Namanya sahaja cukup menggambarkan kehebatanya lantaran ramai tokoh tokoh yang datang selepasnya terpengaruh dengan idea ideanya. Apabila di amati secara keseluruhan kehidupanya; perjalanan hidupnya dalam menuntut ilmu, perjuangan hidupnya dalam menentang arus sekuler barat dan menetapkan prinsip kefahaman Islam dalam suasana tradisi dan moden seakan akan beliau adalah satu contoh peribadi yang sempurna sebagai 'sasterawan Islam'. Beliau tidak menyebut istilah sastera islam secara khusus tetapi setiap bait puisi dan prosa nya adalah cerminan fikrah keislaman yang jitu. Beliau menyanggah fikrah sekuler barat dan komunis dengan kekuatan intelektualnya. Dalam satu anologi, beliau mengatakan seolah olahnya beliau berperanan seperti Nabi Ibrahim (a.s) tidak terbakar dengan api Namruz, beliau tidak terpengaruh dengan budaya barat, bahkan mampu mengawal dan menjawab beberapa persoalan barat tentang Islam. Iqbal percaya bahawa seni adalah ungkapan ikhlas yang lahir dari jiwa nurani seseorang. Jesteru, seni mempunyai kekuatan nilai untuk mendidik insan lain. Selanjutnya, Iqbal menegaskan bahawa seni yang paling tinggi ialah yang mampu menyedarkan manusia seterusnya memupuk semangat untuk bangkit menghadapi pancaroba kehidupan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Adli Yaacob, & Farrah Syafiqah Mohd Fadzil. (2024). KEHIDUPAN MUHAMMAD IQBAL DAN GAGASAN SASTERA ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 4(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1787
Issue
Section
Articles