KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN EFIKASI GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA SETAR
Abstract
Kajian ini mengkaji hubungan antara Kepemimpinan Instruksional Pengetua dengan Efikasi Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Kota Setar, Kedah. Kaedah kuantitatif menggunakan pendekatan tinjauan melalui soal selidik dijalankan untuk mengkaji Kepimpinan Instruksional Pengetua dengan Efikasi Guru. Seramai 1480 orang guru yang berkhidmat di 84 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kota Setar terlibat sebagai populasi dalam kajian ini. Manakala seramai 306 orang guru terpilih sebagai sampel kajian. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan persampelan rawak mudah. Soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini. Instrumen kajian ini diadaptasi dari Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) mengandungi 25 item dan Teacher Self Efficacy Scale yang mengandungi 23 item dengan nilai kebolehpercayaan yang yang tinggi iaitu Gaya Kepimpinan Intruksional Pengetua (α = 0.95) dan Efikasi Guru (α = 0.90). Data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistik Deskriptif dan Inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua pengetua yang dikaji mengamalkan Kepimpinan Instruksional Pengetua pada tahap tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara Kepimpinan Instruksional Pengetua dengan Efikasi Guru iaitu hubungannya adalah positif dan sederhana. Dapatan kajian ini telah memberi sumbangan yang bermakna terhadap bidang ilmu dengan mengenengahkan hubungan antara pembolehubah Kepimpinan Instruksional Pengetua dengan Efikasi Guru.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Norazlinda Saad, Surendran Sankaran, & Mohd Khairil Fadly Zainol Abidin. (2024). KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN EFIKASI GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA SETAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 4(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1790
Issue
Section
Articles