CABARAN DAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN SIMULATOR CISCO PACKET TRACER DALAM PEMBELAJARAN SAMBUNGAN VPN (VIRTUAL PRIVATE NETWORK)

Authors

  • Abdul Halim Ahmad Department of Information Technology and Communication, Polytechnic of Kuala Terengganu, Terengganu,

Abstract

Kaedah simulasi merupakan penggunaan aplikasi komputer yang mengandungi proses atau model sama seperti fizikal sebenar bagi tujuan pembelajaran atau kegunaan lain. Keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik simulasi bukan sahaja bergantung kepada pembangunan reka bentuk simulasi semata-mata, tetapi juga harus memahami bagaimana simulasi itu dapat dilaksanakan. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif untuk mengenalpasti cabaran dan keberkesanan penggunaan simulator Cisco Packet Tracer dalam pembelajaran sambungan VPN (Virtual Private Network). Sampel bagi kajian ini terdiri dari 30 orang pelajar yang mengambil kursus keselamatan rangkaian di Politeknik Kuala Terengganu. Instrumen bagi kajian ini terdiri dari 2 set soalan. Set pertama merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk mengenalpasti cabaran penggunaan simulator Cisco Packet Tracer dan yang kedua merupakan soalan ujian praktikal untuk menilai keberkesanan penggunaan simulator Cisco Packet Tracer. Kumpulan eksperimen yang melalui pembelejaran menggunakan Cisco Packet Tracer dan kumpulan kawalan yang melalui pembelajaran secara konvensional telah dibentuk bagi menilai keberkesanan kaedah penggunaan simulator Cisco Packet Tracer. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga cabaran utama yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan Cisco Packet Tracer. Pertama, dari sudut konsentrasi kerana arahan bertulis perlu diingati dan difahami. Kedua, penggunaan Cisco Packet Tracer memerlukan kemahiran yang tinggi dalam mensimulasi rangkaian yang kompleks dan ketiga, jika terdapat kesalahan dalam mereka bentuk rangkaian menyebabkan berlakunya ralat yang sukar dicari dan ini akan memberi kesan ke atas pembelajaran pelajar. Hasil kajian juga mendapati terdapat peningkatan dalam pencapaian akademik pelajar selepas mereka mengikuti kaedah pembelajaran menggunakan simulator Cisco Packet Tracer. Penambahbaikan secara berterusan perlu dilaksanakan agar dapat membantu pelajar mengharungi cabaran yang dihadapi sewaktu menggunakan Cisco Packet Tracer dan penggunaannya dalam pembelajaran diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang kompeten dalam bidang rangkaian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Abdul Halim Ahmad. (2024). CABARAN DAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN SIMULATOR CISCO PACKET TRACER DALAM PEMBELAJARAN SAMBUNGAN VPN (VIRTUAL PRIVATE NETWORK) . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 4(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1791