PERANAN NILAI BUDAYA KEINSANAN KE ARAH PENGUKUHAN KESEPADUAN SOSIAL DALAM KOMUNITI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Abstract
Kesepaduan Sosial merupakan pengukuran penting kepada pencapaian perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya perpaduan di antara etnik. Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2018 menunjukkan Kesepaduan Sosial meningkat ke tahap yang baik disebabkan pengaruh Etos Bangsa dan Hubungan Sosial Rentas Etnik. Kajian ini bertujuan meneroka pengaruh langsung pemboleh ubah Nilai Budaya Keinsanan terhadap Etos Bangsa dan Hubungan Sosial Rentas Etnik ke arah mengukuhkan Kesepaduan Sosial dalam kalangan pelajar Melayu dan Bukan Melayu di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Pemboleh ubah Nilai Budaya Keinsanan dibangunkan daripada sumber Al-Quran dan dioperasionalkan kepada nilai sejagat yang sesuai dijadikan pengukuran nilai kepada semua etnik. Seramai 445 orang responden terdiri daripada pelajar etnik Melayu, Cina dan India terlibat dalam kajian ini. Teknik pensampelan bebola salji digunakan untuk mendapatkan komitmen pelajar secara sukarela melalui jaringan komuniti media sosial pelajar. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk memerihalkan demografi responden manakala analisis PLS-SEM digunakan untuk menguji model hipotesis kajian. Hasil analisis keseluruhan mendapati penghayatan Nilai Budaya Keinsanan signifikan mempengaruhi secara langsung Etos Bangsa dan Hubungan Sosial Rentas Etnik serta mengukuhkan Kesepaduan Sosial. Nilai Budaya Keinsanan didapati cenderung meningkatkan nilai Etos Bangsa dan Hubungan Sosial Rentas Etnik bagi Etnik Melayu manakala Nilai Budaya Keinsanan lebih cenderung meningkatkan Etos Bangsa bagi Etnik Bukan Melayu. Kesimpulannya, Nilai Budaya Keinsanan adalah faktor pemula yang penting untuk diacuankan ke dalam komuniti pelajar supaya usaha pengukuhan perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik di negara kita akan dapat diperkasakan secara lebih berfokus.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohd Sobhi Ishak, & Norsiah Abdul Hamid. (2024). PERANAN NILAI BUDAYA KEINSANAN KE ARAH PENGUKUHAN KESEPADUAN SOSIAL DALAM KOMUNITI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1795
Issue
Section
Articles