CABARAN PENDIDIKAN DI SABAH SEBELUM TAHUN 1963
Abstract
Sabah merupakan salah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia yang terkenal bukan sahaja kerana keindahan alam flora dan faunanya tetapi juga kerana keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada puluhan etnik. Berdasarkan sejarah, pendidikan di Sabah telah pun wujud sejak zaman pentadbiran kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu lagi. Semasa di bawah pemerintahan kesultanan Brunei, masyarakat yang menganut agama Islam yang kebanyakannya tinggal di kawasan persisiran pantai Sabah telah ada pendidikan yang berasaskan pengajian Al-Quran. Dalam tempoh tersebut, pendidikan adalah dalam bentuk tidak formal tertumpu terhadap aktiviti pembacaan kitab agama yang dilakukan di surau, masjid dan pondok. Sementara itu bagi masyarakat yang bukan beragama Islam, pendidikan turut dalam bentuk tidak formal melalui tunjuk ajar daripada ibu bapa, upacara atau perayaan-perayaan tertentu. Ketika Sabah di bawah pentadbiran kuasa asing, pendidikan di negeri itu banyak dipengaruhi oleh polisi pentadbir seperti Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) dan kolonial British. Namun secara umumnya didapati bahawa pendidikan masyarakat Sabah tidak begitu diambil berat oleh pihak pentadbir SBBU mahupun pihak kolonial British. Oleh itu, perbincangan akan difokuskan terhadap cabaran yang dihadapi dalam bidang pendidikan di Sabah sebelum tahun 1963. Kajian kertas kerja ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib serta kajian perpustakaan iaitu dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder seperti Fail Pejabat Tanah Jajahan, Penyata Tahunan, buku dan artikel untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat memberi kefahaman yang lebih jelas tentang latar belakang sejarah perkembangan pendidikan di Sabah. Pengenalpastian cabaran yang dihadapi akan membolehkan perancangan strategi yang dapat mengukuhkan lagi pendidikan di Sabah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Sharifah Darmia Sharif Adam. (2024). CABARAN PENDIDIKAN DI SABAH SEBELUM TAHUN 1963. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1801
Issue
Section
Articles