PENGARUH EFIKASI KENDIRI TERHADAP KOMPETENSI BUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA

Authors

  • Nang Nashirah Nik Dahalan Jabatan Komunikasi, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Malaysia
  • Yasmin Ahmad Jabatan Komunikasi, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Malaysia
  • Mardzelah Makhsin Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya. Dalam usaha memahami kepelbagaian budaya di Malaysia, antara caranya ialah perlunya wujud dalam diri bakal guru efikasi kendiri yang tinggi untuk mengajar di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian budaya pelajar. Efikasi kendiri terhadap kepelbagaian budaya yang wujud merupakan aspek penting di dalam diri bakal guru ketika berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang budaya. Bakal guru perlu mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi supaya setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang terdiri daripada budaya yang pelbagai dapat menarik minat pelajar dan tidak berlaku bias, seterusnya dapat mengoptimumkan pengajaran guru terhadap pelajar di dalam kelas. Program pendidikan guru perlu menyediakan lebih banyak peluang kepada bakal guru untuk terlibat dengan kepelbagaian budaya supaya dapat meningkatkan efikasi kendiri mereka untuk mengajar pelajar yang pelbagai dan seterusnya dapat meningkatkan lagi tahap pengajaran guru terhadap pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nang Nashirah Nik Dahalan, Yasmin Ahmad, & Mardzelah Makhsin. (2024). PENGARUH EFIKASI KENDIRI TERHADAP KOMPETENSI BUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1811