PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN SEBAGAI ASAS KEPIMPINAN ISLAM: SATU SOROTAN
Abstract
Kepimpinan merupakan sumber kepada segala perjalanan urusan manusia yang menyangkut kehidupan. Jatuh bangun sesebuah tamadun atau bangsa boleh dirujuk kepada corak kepimpinan yang menerajui sesebuah kumpulan masyarakat pada tempoh tertentu. Hakikatnya, kelahiran kepimpinan dalam satu generasi berbeza ke generasi yang lain sangat dipengaruhi oleh sistem pendidikan yang diterapkan kepada generasi berkenaan. Pendidikan pula sentiasa berubah mengikut keperluan semasa sesebuah generasi. Justeru itu pendidikan sewajarnya sentiasa berkembang ke arah yang lebih baik demi kelangsungan sesebuah generasi. Seterusnya, kemajuan pendidikan tidak mungkin dapat diinovasikan kecuali dengan usaha-usaha penyelidikan yang bersifat kreatif dan berdaya maju. Artikel ini mengupas konsep-konsep utama yang berkait dengan kepimpinan berasaskan Islam meliputi pendidikan dan penyelidikan. Manakala ruang lingkup kajian ini bersifat setempat, iaitu dalam konteks pendidikan dan penyelidikan di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Azman Che Mat. (2024). PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN SEBAGAI ASAS KEPIMPINAN ISLAM: SATU SOROTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1812
Issue
Section
Articles