STRATEGI PENGAJARAN KESERASIAN OTAK MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN AKTIF MURID TAHUN EMPAT DALAM SUBJEK SAINS

Authors

  • Nurul Hakimah Sudin Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit (Satu), 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
  • Haslinah Abdullah Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan, Ma

Abstract

Pembelajaran aktif merupakan satu aspek penting bagi mewujudkan sebuah PdPp yang menyeronokkan dan dapat mencapai hasil pembelajaran tetapi ia agak sukar diwujudkan dalam subjek sains jika pendekatan yang digunakan oleh guru kurang sesuai. Kajian ini adalah satu kajian tindakan yang dijalankan untuk meningkatkan pembelajaran aktif dalam kalangan murid sekolah rendah menggunakan Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO) dalam subjek Sains. Tiga jenis strategi SPKO sahaja yang digunakan iaitu Class-Yes, Mirror-Words dan Teach-Okay. Kajian tindakan ini telah dijalankan dalam kalangan 42 orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah rendah di Nilai, Negeri Sembilan. Data dikumpulkan melalui 2 kaedah iaitu rakaman video dan temu bual bersama murid dan guru Sains. Hasil dapatan kajian didapati Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO) telah dapat meningkatkan pembelajaran aktif murid sewaktu proses PdPp apabila strategi ini dapat mengembangkan kognitif mengingat, tambahan pula murid memahami apa yang diajar oleh guru sewaku PdPp melalui SPKO di mana ia mempengaruhi pengekalan informasi dalam memori jangka panjang murid. Justeru itu, murid-murid menunjukkan perkembangan emosi yang positif. Selain itu, dapat mewujudkan satu pembelajaran koperatif yang bermakna dengan interaksi sosial yang positif antara rakan sebaya apabila murid saling kebergantungan positif dalam pasukan. setiap ahli kumpulan berusaha menyelesaikan tugasan berkumpulan dan membantu ahli yang lemah supaya kejayaan kumpulan dinikmati bersama dengan itu dapat mengukuhkan motivasi intrinsik dalam kalangan murid. Penggunaan SPKO telah dapat digunakan secara berkesan dalam meningkatkan satu proses pembelajaran bermakna di dalam kelas yang boleh memberi idea kepada guru-guru lain mengaplikasikan dalam subjek lain pula.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nurul Hakimah Sudin, & Haslinah Abdullah. (2024). STRATEGI PENGAJARAN KESERASIAN OTAK MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN AKTIF MURID TAHUN EMPAT DALAM SUBJEK SAINS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1821