KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) PENDIDIKAN ISLAM: ISU DAN CABARAN MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Authors

  • Mohd Azam Mahat Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Mohamad Khairi Haji Othman Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Teknologi dunia sentiasa berkembang pesat. Negara yang gagal mengikuti arus perubahan ini akan dianggap ketinggalan bukan sahaja dari sudut teknologi, ekonomi bahkan dalam bidang pendidikan. Seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) yang sedang dialami dunia kini, ia telah mengubah lanskap dunia pendidikan. Pendidikan Islam tidak seharusnya ketinggalan dalam mengisi ruang yang terdapat dalam kemajuan teknologi ini terutamanya dalam menyediakan modal insan yang mampu menggendalikan teknologi dengan prinsip dan nilai-nilai Islam. Justeru kertas kerja ini akan membincangkan impak RI 4.0 dalam pembangunan kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah atau dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Disamping itu, penulisan ini juga turut menyentuh isu dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan kurikulum ini. Di akhir penulisan ini akan merungkai tindakan yang perlu diambil untuk memastikan kurikulum Pendidikan Islam sentiasa releven dan memenuhi keperluan semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd Azam Mahat, & Mohamad Khairi Haji Othman. (2024). KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) PENDIDIKAN ISLAM: ISU DAN CABARAN MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1822