AMALAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DALAM PENGELOLAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM DAN SEKOLAH CINA DI MALAYSIA
Abstract
Kewujudan Sekolah Agama Islam (SAI) dan Sekolah Cina (SC) telah mendahului sejarah pembentukan negara dan berkembang seiring dengan pelbagai dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan sehingga berjaya memartabatkan kedudukannya dalam arus pendidikan negara. Namun begitu, pihak pengelola di kedua-dua jenis sekolah tersebut didapati mengalami konflik dengan pihak kerajaan dalam memperjuangkan hak pendidikan mereka. Konflik antara pengelola sekolah dengan kerajaan adalah mengenai mengekalkan matlamat utama penubuhan sekolah atau kurikulum tradisi sekolah iaitu kurikulum Diniah (SAI) dan kurikulum bahasa dan budaya Cina (SC). Selain itu, pengelola sekolah juga mengalami konflik pertindanan kuasa pengelolaan antara Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan pihak kerajaan, kekaburan hak pendidikan berasaskan perundangan negara dan kekurangan keadilan dari aspek agihan bantuan kewangan kerajaan. Kajian ini bertujuan meneliti amalan pendemokrasian pendidikan yang wujud dalam pengelolaan di kedua-dua jenis sekolah. Dalam kajian kualitatif ini, data dikumpulkan melalui temu bual semi-struktur bersama dua orang pengelola dari SAI dan dua orang pengelola SC di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan pihak kerajaan dilihat mengamalkan demokrasi tidak sempurna dalam memenuhi empat aspek hak pendidikan SAI dan SC iaitu matlamat utama penubuhan sekolah, kuasa pengelolaan, perundangan dan agihan bantuan kewangan. Amalan kerajaan ini menunjukkan semangat pendemokrasian pendidikan yang mengutamakan hala tuju dasar pendidikan kebangsaan bagi memenuhi aspirasi negara dalam menghadapi keperluan abad ke-21.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohd Syuja Saedin, Nor Azlili Hassan, Norazilah Buhari, Taufik A. Latif, & Nik Norazira Abdul Aziz. (2024). AMALAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DALAM PENGELOLAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM DAN SEKOLAH CINA DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1823
Issue
Section
Articles