KAJIAN FENOMENOLOGIKAL: MENEROKA KESAN AKTIVITI SAINS DI LUAR BILIK DARJAH TERHADAP PELAJAR ALIRAN SAINS DI PULAU PINANG

Authors

  • Marina Mokhtar Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • Salmiza Saleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • Nur Jahan Ahmad Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Malaysia

Abstract

Pengalaman pembelajaran sains di luar bilik darjah adalah salah satu strategi pembelajaran yang menyeronokkan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan melalui pengalaman sendiri dan dapat membantu menarik minat pelajar terhadap sains. Namun begitu, kekangan masa yang dihadapi oleh guru di sekolah menyebabkan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional tidak dapat diubah kepada yang lebih menarik. Walaubagaimanapun, terdapat institusi pengajian tinggi yang menjalankan aktiviti sains bersama pelajar sekolah di luar bilik darjah. Justeru itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meneroka kesan aktiviti sains yang telah disediakan oleh salah satu institusi pengajian tinggi di Pulau Pinang terhadap pelajar aliran sains di sekolah menengah aliran perdana. Kajian fenomenologi ini adalah menggunakan rekabentuk kualitatif terhadap lapan orang informan, iaitu lima orang pelajar dan tiga orang fasilitator bagi meneroka pandangan dan pengalaman mereka sewaktu menjalani aktiviti sains. Pendekatan fenomenologi telah dipilih kerana ia menyediakan kefahaman yang mendalam tentang pengalaman yang dialami oleh informan. Data telah dikumpulkan melalui sesi temu bual. Data telah dianalisis secara tematik dan telah menghasilkan tiga tema iaitu, aktiviti sains berbentuk inovasi, kemahiran berfikir dan sikap pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa, selepas mengikuti aktiviti sains ini selama empat bulan, tahap keyakinan diri responden bertambah, kemahiran berfikir mereka juga bertambah apabila berjaya membawa hasil aktiviti sains ke pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sikap mereka juga berubah manjadi lebih matang dan yakin untuk berhadapan dengan juri dan orang ramai. Mereka menjadi lebih berminat dengan sains, dan terus memilih bidang sains setelah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Hasil kajian ini dapat menyediakan maklumat bagi pembuat dasar, pihak sekolah, institusi pengajian tinggi, guru, ibubapa atau orang yang berkepentingan untuk lebih memahami akan kepentingan menganjurkan dan melakukan aktiviti sains di luar bilik darjah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Marina Mokhtar, Salmiza Saleh, & Nur Jahan Ahmad. (2024). KAJIAN FENOMENOLOGIKAL: MENEROKA KESAN AKTIVITI SAINS DI LUAR BILIK DARJAH TERHADAP PELAJAR ALIRAN SAINS DI PULAU PINANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1824