PERSIAPAN DAN ADAB PELAJAR SEMASA PEMBELAJARAN SECARA TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) PADA MUSIM PANDEMIK COVID-19
Abstract
Persiapan dan penjagaan adab dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan elemen penting dalam proses memperoleh ilmu pengetahuan. Kepelbagaian kaedah PdP seharusnya menekankan aspek ini bagi memelihara hubungan baik antara pelajar dan guru, kefahaman terhadap ilmu serta beramal dengannya. Proses pembelajaran yang dilaksanakan secara terbuka dan jarak jauh (ODL) pada musim pandemik covid-19 memperlihatkan aspek penghayatan adab menuntut ilmu tidak begitu diraikan sebagaimana PdP secara bersemuka. Isu akses capaian internet, peralatan belajar yang terhad, tidak fokus semasa kelas, belajar sambil berbual dan baring, tidak hormat guru, tidak memberi salam dan sebagainya telah mengundang kepincangan kepada operasi perlaksanaan dan keberkesanan PdP di seluruh institusi pendidikan termasuklah UiTM. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti persiapan pelajar dan menganalisa aplikasi adab pelajar semasa pembelajaran secara ODL pada musim pandemik covid-19. Pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada pelajar Diploma Pengurusan Halal, UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah dipilih dalam kajian ini dan data dianalisa secara secara deskriptif menggunakan perisian IBM SPSS Statistics version 23. Hasil kajian menunjukkan persiapan dan aplikasi adab majoriti pelajar berada pada tahap yang sangat baik dan tinggi meskipun sesi PdP dijalankan secara ODL dan majoriti pelajar masih mengamalkan persiapan PdP dan adab yang baik semasa pembelajaran ODL sebagaimana pembelajaran bersemuka sebelum musim pandemik covid-19. Namun begitu, masih ada persiapan dan adab yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan oleh para pelajar. Kesimpulannya, persiapan yang rapi dan penjagaan adab pelajar semasa pembelajaran ODL masih relevan dan memberi impak besar kepada penghayatan adab menuntut ilmu dalam Islam disamping menyumbang kepada penambahbaikan proses PdP dengan lebih berkesan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Siti Aishah Sokhibul Fadil, Hisam Satari, & Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman. (2024). PERSIAPAN DAN ADAB PELAJAR SEMASA PEMBELAJARAN SECARA TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) PADA MUSIM PANDEMIK COVID-19. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1825
Issue
Section
Articles