PENGAJARAN SUBJEK AGAMA ISLAM TERHADAP PELAJAR NON-MUSLIM DI UiTM PERLIS

Authors

  • Nor Syahida Hashim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Arau, Perlis,
  • Nadiyah Hashim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Arau, Perlis,

Abstract

Pengajaran mata pelajaran agama Islam dalam sistem pengajian tinggi negara ini tidak tertumpu kepada pelajar Islam semata-mata kerana ia sudah lama didedahkan kepada pelajar non-Muslim dalam bentuk mata pelajaran wajib universiti di UiTM yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Teknologi MARA ( ITM). Setelah mempelajari subjek agama Islam ternyata pelajar non-Muslim berada di tahap penerimaan agama Islam yang ketara terutama ketika bermuamalah bersama kalangan pelajar muslim di UiTM. Memahami subjek Agama Islam bagi pelajar non-Muslim bukanlah sesuatu yang mudah sekalipun ia pada tahap permulaan. Pelbagai persoalan, keraguan dan ketidakpastian berlegar dalam kalangan pelajar non-Muslim mengenai agama Islam. Realiti lebih mencabar apabila terdapat banyak persepsi negatif dan salah faham mengenai agama Islam di media massa dari sisi pandang yang salah. Maka kajian ini bertujuan meneroka pengalaman dan kaedah pengajaran tenaga pengajar kod subjek iaitu IDA 202 (Kemasyarakatan dan Kenegaraan Islam) dan IDA 102 (Insan dan Agama) di UITM Perlis bagi mengenal pasti tahap penerimaan pelajar non-Muslim bagi subjek Agama Islam. Analisis diambil ke atas pelajar non-Muslim daripada semester satu dan tiga kemasukan Oktober 2022 hingga Februari 2023 berdasarkan komitmen pengajaran dan pembelajaran (PnP) sepanjang semester tersebut. Selain itu, kajian membentangkan keputusan dapatan hasil SUFO (Survey Student Feedback Online) dan markah ujian akhir bagi menganalisis keberkesanan penyampaian pengajaran subjek agama Islam terhadap pelajar non-Muslim di UiTM Perlis. Hasil kajian mendapati subjek IDA mampu menjelaskan persepsi negatif pelajar non-Muslim terhadap pengetahuan agama Islam kepada mereka. Malah mereka memberi respon positif serta memahami dan menghormati amalan sahabat yang beragama Islam. Kajian ini turut mencadangkan usaha lebih giat dijalankan kepada tenaga pengajar IDA seluruh UiTM agar dapat menerapkan teknik atau kaedah dakwah bil hal dalam menyantuni pelajar-pelajar non-Muslim yang mengikuti kod subjek IDA sekali gus agar dapat membentuk akhlak, etika dan budi pekerti tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nor Syahida Hashim, & Nadiyah Hashim. (2024). PENGAJARAN SUBJEK AGAMA ISLAM TERHADAP PELAJAR NON-MUSLIM DI UiTM PERLIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1827