TAHAP PENGETAHUAN, PENGHAYATAN DAN IMPAK TERHADAP ADAB KESOPANAN DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA DI UPSI
Abstract
Berdasarkan kajian mengenai tahap pengetahuan, penghayatan dan impak adab kesopanan yang telah dijalankan ke atas pelajar peringkat Diploma Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), iaitu pelajar semester 2 seramai 418 orang. Melibatkan semua kursus iaitu Diploma Matematik & Sains Aktuari, Diploma Sains Kesihatan Sekutu, Diploma Pembelajaran Awal Kanak-Kanak, Diploma Sains Gunaan & Diploma Seni Persembahan yang mengambil kursus universiti iaitu Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi tahap pengetahuan adab kesopanan dari min keseluruhan berada pada tahap sederhana iaitu 2.96, tahap penghayatan adab kesopanan min keseluruhan juga sederhana iaitu 2.97 dan impak adab kesopanan juga sederhana iaitu 2.95. Keseluruhan berada pada kedudukan yang sederhana, keadaan ini perlu diberi oleh semua pihak, kerana kedudukan ini mungkin jatuh pada kedudukan rendah seterusnya boleh memberikan kesan yang buruk kepada kelakuan dan sahsiah pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara kelak. Tumpuan kajian juga menjelaskan, majoriti pelajar iaitu 56.2% berasal dari bandar. Keadaan jelas menunjukkan yang masyarakat bandar tidak menitik berat dalam soal adab kesopanan yang perlu kita jaga atau ikuti sebagai masyarakat yang terpelajar, walaupun kita berfikiran dan hidup dengan cara moden. Keadaan ini perlu dipertingkatkan ke arah yang lebih tinggi dalam memastikan kualiti pelajar diploma UPSI mempunyai yang tinggi dari segi akademik dan kualiti peribadi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Mohamad Basri Jamal, Muhamad Jasri Ishak, Mohd Syariefudin Abdullah, & Mazdi Marzuki. (2024). TAHAP PENGETAHUAN, PENGHAYATAN DAN IMPAK TERHADAP ADAB KESOPANAN DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA DI UPSI. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1831
Issue
Section
Articles