PERBEZAAN KOMPETENSI GURU-GURU SAINS SOSIAL: MATA PELAJARAN SEJARAH ANTARA JANTINA DI SEKOLAH-SEKOLAH ZON UTARA

Authors

  • Roshida Mustaffa Jabatan Komunikasi, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Malaysia
  • Yasmin Ahmad Jabatan Komunikasi, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Malaysia

Abstract

Golongan pendidik merupakan individu yang berperanan penting menghasilkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi. Seorang guru haruslah mempunyai pengetahuan dan wawasan yang meluas sebagaimana berusaha untuk mempelbagaikan kebolehan serta meningkatkan ilmu pengetahuan. Kompetensi guru dari aspek kemahiran mengajar subjek sejarah yang tinggi akan mempermudahkan aktiviti pengajaran yang sistematik, langkah demi langkah iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan perkembangan konsep melalui penggunaan ilmu pengetahuan serta kemahiran dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan. Seramai 98 orang para guru matapelajaran sejarah yang terdiri daripada guru lelaki (N = 59) dan guru wanita (N = 39) telah menjawab soal selidik dan ujian T tidak bersandar telah dijalankan bagi melihat perbezaan diantara jantina para guru didalam perbezaan kompetensi dengan menggunakan SPSS Version 26. Kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran diantara jantina guru telah menunjukkan nilai yang signifikan dengan nilai p < 0.05 dan sebaliknya bagi nilai profesionalisme keguruan dan amalan keberkesanan pengajaran guru menunjukkan dapatan yang tidak signifikan (p>0.05). Para guru yang terlibat dalam kajian ini, merupakan guru yang mengajar subjek Sejarah. Usaha penerapan mempelbagaikan teknik pengajaran oleh guru-guru sejarah merupakan satu perubahan dalam mata pelajaran sejarah yang sebagaimana selaras dengan proses transformasi Pendidikan Negara melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang memerlukan masa dan komitmen guru bagi menguasai kandungan subjek, dan strategi pengajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Roshida Mustaffa, & Yasmin Ahmad. (2024). PERBEZAAN KOMPETENSI GURU-GURU SAINS SOSIAL: MATA PELAJARAN SEJARAH ANTARA JANTINA DI SEKOLAH-SEKOLAH ZON UTARA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1833