GAYA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI DAERAH BATU PAHAT

Authors

  • Ngo Jie Sheng SJKC Panchor, Batu Pahat
  • Badaruddin Ibrahim Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstract

Gaya kepimpinan instruksional merujuk kepada amalan seseorang guru besar yang mengambil perhatian tentang pengajaran guru dan pembelajaran murid serta selalu mewujudkan keadaan dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan instruksional akan akan mengutamakan tiga fungsi utama iaitu mentaktif matlamat sekolah, mengurus program instruksional dan mengalakkan iklim sekolah. Pelbagai dasar dan program diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadikan sekolah-sekolah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kecemerlangannya. Gaya kepimpinan instruksional merupakan amalan yang penting dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyumbang kepada impak yang tinggi terhadap pencapaian sekolah. Namum begitu, kekurangan kajian empirikal tentang gaya kepimpinan instruksional sekolah rendah di negeri Johor terutamanya di daerah Batu Pahat. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap gaya kepimpinan instruksional guru besar sekolah rendah di daerah Batu Pahat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitaif yang melibatkan 403 orang guru Reka Bentuk dan Teknologi. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap amalan gaya kepimpinan instruksional adalah tinggi (M=4.36, SP=0.40). Guru besar perlu memiliki kemahiran dan mengamalkan fungsi dalam kepimpinan instruksioanal dalam mengurus sekolah supaya seiring dengan hasrat Kementerian Pendiikan iaitu memastikan guru besar yang berkualiti tinggi diempatkan di semua sekolah (KPM, 2015)

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Ngo Jie Sheng, & Badaruddin Ibrahim. (2024). GAYA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI DAERAH BATU PAHAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1834