PENDIDIKAN INKLUSIF PELAJAR KURANG UPAYA (PKU) DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI: TINJAUAN PUSTAKA

Authors

  • M.Z. Mohd Zin Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Kota Samarahan Campus,
  • Muhammad Hakimi Tew Abdullah Communication and Media Studies, College of Computing, Informatics and Media, Universiti Teknologi M
  • M.M. Zabidi Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • R. D. Othman Universiti Teknologi MARA, Melaka, Lendu Campus

Abstract

Golongan OKU seringkali menjadi kumpulan minoriti dalam masyarakat awam dan keperluan khas mereka kerap tidak didengari, begitu juga dalam bidang pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sokongan yang diterima serta cabaran yang dihadapi oleh PKU di sesebuah institusi IPTA di Malaysia dalam menjalani pendidikan inklusif. Isu yang akan menjadi tumpuan adalah yang berkaitan sokongan kemudahan dan infrastruktur, sokongan program pengajaran dan pembelajaran serta sokongan elemen emosi dan motivasi dalam menjalani pendidikan inklusif di IPTA. Sumber data adalah data primer dengan kaedah pengumpulan data yaitu dengan menemu bual 10 orang PKU yang berdaftar dengan UPO. Berdasarkan hasil temu bual akan ditemukan cabaran yang dihadapi oleh PKU di IPTA, potensi dan halatuju masa depan PKU serta sokongan yang diperlukan oleh mereka demi mencapai kejayaan di IPTA. Disarankan supaya kajian serupa turut dijalankan di semua IPTA dan juga IPT swasta dengan melibatkan semua golongan PKU dari pelbagai kategori. Hal ini demikian demi memastikan hak dan keperluan semua PKU dapat dilaksanakan. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyalurkan maklumat mengenai sokongan yang diterima PKU di UiTM untuk menjadi contoh kepada IPTA lain di samping mengenalpasti cabaran yang dihadapi agar usaha ke arah penyelesaian masalah tersebut dapat segera dilaksanakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

M.Z. Mohd Zin, Muhammad Hakimi Tew Abdullah, M.M. Zabidi, & R. D. Othman. (2024). PENDIDIKAN INKLUSIF PELAJAR KURANG UPAYA (PKU) DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI: TINJAUAN PUSTAKA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1840