PENERIMAAN MAHASISWA TERHADAP MATA PELAJARAN UMUM (MPU) KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA DI UITM CAWANGAN KEDAH

Authors

  • Noor Syahidah Mohamad Akhir Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah, Kampus Sunga
  • Syaimak Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis, Kampus Arau
  • Muhammad Saiful Islam Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah, Kampus Sunga
  • Siti Aisyah Yusof Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah, Kampus Sunga
  • Mohd Adib Shujaa Ahmad Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah, Kampus Sunga
  • Azrul Shahimy Mohd Yusof Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani, Malaysia

Abstract

Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan mata pelajaran umum (MPU) yang dilaksanakan pada tahun 2019. Kursus ini diwajibkan kepada semua mahasiswa sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia. Kajian melihat kebanyakan pelajar beranggapan mata pelajaran ini sukar memandangkan majoriti mereka tidak pernah mengambil apa-apa mata pelajaran falsafah sebelum memasuki alam universiti. Tambahan pula kursus ini masih diajarkan secara atas talian memandangkan kekangan pandemik Covid-19 sebelum ini. Justeru, artikel menfokuskan tahap penerimaan mahasiswa terhadap kursus FIS di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kedah. Kajian merupakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik google form terhadap 73 orang pelajar daripada fakulti perakaunan di UiTM Kedah. Penerimaan pelajar diukur dari kandungan silibus dan pengajaran mata pelajaran. Hasil kajian mendapati penerimaan pelajar terhadap FIS adalah positif dan memberi manfaat kepada mereka. Walau bagaimanapun kebanyakkan mereka berpendapat FIS agak sukar mengikut bab tertentu dan memerlukan inovasi pengajaran agar lebih menarik dan mudah difahami.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Noor Syahidah Mohamad Akhir, Syaimak Ismail, Muhammad Saiful Islam Ismail, Siti Aisyah Yusof, Mohd Adib Shujaa Ahmad, & Azrul Shahimy Mohd Yusof. (2024). PENERIMAAN MAHASISWA TERHADAP MATA PELAJARAN UMUM (MPU) KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA DI UITM CAWANGAN KEDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1843