CABARAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MURID TINGKATAN EMPAT KSSM DALAM TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19
Abstract
COVID-19 telah mengganggu gugat kebanyakan sektor di dunia. Pembelajaran dalam talian adalah penyelesaian terbaik untuk meneruskan pendidikan semasa pandemik, terutamanya dalam kalangan murid menengah atas. Justeru kajian ini bertujuan untuk menentukan cabaran dan halangan pemebalajaran bahasa Melayu yang dihadapi oleh murid tingkatan empat Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di Zon Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Fenomena ini berlaku semasa tempoh masa beralih kepada pembelajaran dalam talian pada permulaan tahun 2020 akibat pandemik COVID-19. Kajian ini adalah untuk menilai cabaran murid dalam pengalaman pembelajaraan dan pemudahcaraan (PdPc) bahasa Melayu KSSM. Kebolehlaksanaan kaedah pembelajaran maya ini dicapai dengan menganalisis 356 jawapan murid terhadap soal selidik berasaskan kaedah tinjauan. Hasil daripada tinjauan tersebut sebanyak 208 jawapan yang lengkap diisi telah diambil kira untuk tujuan kajian ini. Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menguji pengesahan kajian. Didapati bahawa masalah utama yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada pembelajaran bahasa Melayu murid tingkatan 4 dalam talian semasa COVID-19 adalah berkaitan dengan cabaran teknikal, akademik dan komunikasi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid tingkatan 4 tidak bersetuju untuk meneruskan pembelajaran dalam talian, kerana mereka tidak dapat memenuhi kemajuan yang diharapkan dalam prestasi pembelajaran bahasa Melayu KSSM terutamanya penulisan karangan, tatabahasa dan Komponen Sastera.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
V.Ravindran a/l M. Veloo, & Norul Haida Reduzan. (2024). CABARAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MURID TINGKATAN EMPAT KSSM DALAM TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1845
Issue
Section
Articles