PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MEMBINA AYAT BAHASA MELAYU TAHAP 1
Abstract
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah amat penting agar setiap yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh murid-murid dengan lebih baik. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi guru terhadap keberkesanaan penggunaan bahan bantu mengajar untuk pengajaran membina ayat Bahasa Melayu tahap 1. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan berbentuk soal selidik. Data yang diperoleh melalui soal selidik ini akan dianalisis menggunakan (SPSS). Kajian ini melibatkan 50 orang responden iaitu terdiri daripada guru Bahasa Melayu tahap 1 di Daerah Julau Sarawak. Hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian dan peratusan. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu sedar bahawa penggunaan BBM dalam PdP adalah penting untuk menarik minat dan meningkatkan prestasi murid-murid serta mencapai objektif pengajaran guru terhadap sesuatu mata pelajaran.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Susana Saban, Norazimah Zakaria, & Abu Bakar Yusuf. (2024). PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MEMBINA AYAT BAHASA MELAYU TAHAP 1. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1853
Issue
Section
Articles