PENELITIAN TERHADAP ELEMEN ISLAMI DALAM ANTOLOGI “TITIR ZIKIR” KARYA KEMALA
Abstract
Perbincangan mengenai sastera Islami merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dalam industri kepengarangan dan kritikan sastera, khususnya apabila gagasan teori sastera Islami hangat diperdebatkan oleh tokoh-tokoh pemikir Islam di tanah Arab abad ke-20. Perbincangan tersebut tidak hanya terhenti di tanah Arab, akan tetapi tersebar meluas ke alam Melayu sehingga muncul pula tokoh-tokoh sasterawan Melayu yang juga bangkit membincangkan secara aktif tentang karya-karya sastera tanah air yang berunsur Islami. Bertitik tolak daripada perkara ini, kajian ini dijalankan bagi membahaskan secara terperinci tentang elemen-elemen Islami yang dapat dipetik menerusi karya seorang sasterawan Melayu moden, Kemala, iaitu antologi puisinya yang berjudul “Titir Zikir”, memandangkan Kemala merupakan seorang sasterawan yang banyak memaparkan unsur-unsur Islami dalam karya-karyanya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif di mana ia menganalisa topik-topik Islami yang dibawa oleh Kemala di dalam antologinya ini, khususnya kerana topik-topik ini bervariasi dan tidak hanya tertumpu kepada topik berkaitan ‘ibadah dan syariat sahaja. Kajian mendapati bahawa Kemala sememangnya merupakan seorang sasterawan Melayu yang mementingkan elemen-elemen Islami dalam penulisannya, bahkan terdapat banyak karyanya yang menzahirkan elemen Islami sama ada secara lanagsung atau tidak langsung. Adapun elemen-elemen Islami yang ditonjolkan di dalam antologi “Titir Zikir” jelas memaparkan weltanschauung Kemala yang meluas terhadap kehidupan, khususnya apabila beliau mengolah elemen Islami tersebut dalam pelbagai topik dan aspek kehidupan termasuklah muhasabah diri, hubungan kekeluargaan, kematian, keadilan, kerinduan seorang hamba kepada penciptanya, dan lain-lain.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nur Farhana Mohamad Zainol, & Rahmah Ahmad H. Osman. (2024). PENELITIAN TERHADAP ELEMEN ISLAMI DALAM ANTOLOGI “TITIR ZIKIR” KARYA KEMALA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1856
Issue
Section
Articles