KESAN KAEDAH TAHSIN AL-SOWT (KTA) TERHADAP KEMAHIRAN TILAWAH PELAJAR DEWASA
Abstract
Kajian eksplorasi ini bertujuan meninjau keberkesanan Kaedah Tahsin Al-Sowt (KTA) terhadap kemahiran membaca al-Quran. Menurut Nik Jaafar (2012) dan Najmiah (2017), salah satu faktor ketidakmampuan membaca al-Quran secara tartil dengan baik adalah kurangnya kepentingan yang diberikan kepada kurikulum tahsin al-sowt atau suara dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP). KTA dalam kajian ini merupakan PdP yang syumul (holistik) – menggabungkan kurikulum tahsin al-sowt, tajwid dan taranum bi al-Quran secara bersepadu. Objektif kajian adalah untuk menganalisis sama ada KTA dapat meningkatkan kemahiran ketiga-tiga komponen. Saiz sampel kajian seramai 20 orang merangkumi 10 perempuan dan 10 lelaki. Borang soal selidik menggunakan skala likert, pencarian koefisien korelasi rank Pearson, dan dapatan markah pra dan pasca KTA. Dapatan awal menunjukkan terdapat korelasi positif antara KTA dan motivasi (intrinsik dan ekstrinsik) peserta dengan nilai R (korelasi) rank Pearson 0.3599. Kajian dilanjutkan dengan meninjau peningkatan kemahiran membaca responden dengan menggunakan skema pemarkahan rubrik yang berbentuk formatif dengan pemerolehan dapatan peratusan purata (Average percentage) pra-KTA (43.6%) berbanding pasca-KTA (67.7%) – peningkatan sebanyak 24.1%. KTA berpotensi sebagai pendekatan alternatif yang boleh dieksplorasi dan dimanfaatkan dalam konteks formal dan tidak formal bagi peserta dewasa seperti yang dipaparkan dalam kajian ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohd Rizal Hussin, & Wan Mohammad Ubaidillah Wan Abas. (2024). KESAN KAEDAH TAHSIN AL-SOWT (KTA) TERHADAP KEMAHIRAN TILAWAH PELAJAR DEWASA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1862
Issue
Section
Articles