PENILAIAN PELAJAR BAHASA ARAB UiTM KELANTAN TERHADAP PENGGUNAAN DAN KEBERGUNAAN KAMUS KATA KERJA ARAB (VERBDICT)

Authors

  • Mazuki Izani Ismail Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan
  • Muhammad Saiful Anuar Yusoff Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan

Abstract

Kamus sama ada bercetak atau dalam talian boleh membantu memperluas pemahaman pelajar tentang kosa kata, penterjemahan teks, dan konteks penggunaan satu-satu perkataan. Kamus bahasa Arab di internet boleh didapati dengan mudah, namun agak sukar menemukan kamus Melayu-Arab yang mengkhususkan kepada kata-kerja bahasa Arab dengan tasrifnya seperti VerbDict (http://www.verbdict.abqarie.com/). Namun, penilaian pelajar terhadap penggunaan kamus ini masih belum dikenalpasti. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi melihat penilaian pelajar UiTM Cawangan Kelantan terhadap penggunaan dan persepsi mereka terhadap kebergunaan kamus kata kerja bahasa Arab ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan data diperoleh menggunakan soal selidik skala likert lima mata. Seramai 136 pelajar UiTM Cawangan Kelantan dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik dalam talian yang dihantar melalui email. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) 23.0. Dapatan kajian membuktikan bahawa i) tahap penggunaan kamus kata kerja adalah tinggi (M=4.06-4.20; SP:0.78-0.92) dan ii) persepsi mereka berkaitan kebergunaan kamus juga adalah tinggi (M=4.35-4.45; SP:0.64-0.69). Kamus ini dicadangkan supaya digunakan secara meluas untuk manfaat pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mazuki Izani Ismail, & Muhammad Saiful Anuar Yusoff. (2024). PENILAIAN PELAJAR BAHASA ARAB UiTM KELANTAN TERHADAP PENGGUNAAN DAN KEBERGUNAAN KAMUS KATA KERJA ARAB (VERBDICT). INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1863