PENDEKATAN APLIKASI TIKTOK DALAM PENGAJARAN MENERUSI TEKNIK PERGERAKAN KAMERA DAN SYOT TERHADAP PELAJAR

Authors

  • Aselawati Che Ab Adziz School of Multimedia Technology and Communication, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Siti Syamsul Nurin Mohmad Yazam School of Multimedia Technology and Communication, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Aplikasi TikTok kini semakin memberi pengaruh kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kekangan pengajaran akibat pandemik Covid-19 telah mengalihkan sistem pengajaran secara bersemuka kepada pengajaran secara atas talian. Hal ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pengajaran yang melibatkan aspek teknikal kerana kemahiran teknikal sebegini perlu dipelajari secara bersemuka bersama tenaga pengajar. Proses pembelajaran kendiri yang hanya terbatas kepada pelajar, mengakibatkan kesukaran dalam melaksanakan penggambaran video bagi tugasan mereka. Pelajar tidak dapat memahami teknik yang tepat dalam melaksanakan penggambaran video terutama dalam aspek pergerakan kamera dan juga pemilihan syot yang betul. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menyiasat keberkesanan pembelajaran menerusi aplikasi TikTok dalam membantu pelajar memahami proses penggunaan kamera dan untuk menilai kesan pembelajaran menerusi aplikasi TikTok bagi membantu pelajar menghasilkan mutu kerja yang baik. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tindakan yang menggunakan Model Kurt Lewin, dengan lima langkah untuk menganalisa dapatan kajian. Walau bagaimanapun, untuk kajian ini pengkaji hanya memfokuskan kepada langkah pertama sahaja iaitu mengenalpasti masalah dan intervensi. Dapatan menunjukkan aplikasi TikTok berjaya dimanfaatkan oleh pelajar. Pelajar faham tentang cara pergerakan kamera dan syot. Walau bagaimanapun, elemen pergerakan kamera diaplikasikan secara minimum menerusi tugasan “short film” yang diberikan. Pelajar faham dengan penggunaan shot tetapi pengaplikasian penggunaan syot adalah terbatas dengan kekangan peralatan penggambaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Aselawati Che Ab Adziz, & Siti Syamsul Nurin Mohmad Yazam. (2024). PENDEKATAN APLIKASI TIKTOK DALAM PENGAJARAN MENERUSI TEKNIK PERGERAKAN KAMERA DAN SYOT TERHADAP PELAJAR . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1864