KESEDIAAN MURID TINGKATAN LIMA DALAM MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MATA PELAJARAN SEJARAH

Authors

  • Muthiah Alorsamy Department of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mahzan Awang Department of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Pendidikan abad ke-21 adalah bertujuan melahirkan modal insan yang yang boleh berfikir aras tinggi dalam menyelesaikan masalah secara inovatif dan kreatif. Namun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid tingkatan lima masih menjadi satu polemik. Justeru, kajian ini adalah untuk mengenal pasti permasalahan kesediaan murid dari aspek pengetahuan dan sikap untuk menjawab soalan KBAT sejarah di peringkat tingkatan lima Kajian ini menggunakan keadah kuantitatif. Data dikumpul menggunakan kaedah bersampelan bertujuan (non-probability sampling). Pengkaji menggunakan reka bentuk tinjauan yang melibatkan 79 murid yang gagal menjawab soalan KBAT dalam peperiksaan pertengahan tahun di sebuah sekolah menengah di Zon Bangsar Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini. Skala Likert 5 mata digunakan dalam kajian ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, sikap kesediaan murid menjawab soalan KBAT mata pelajaran Sejarah di peringkat tingkatan lima berada pada tahap sederhana rendah. Ini menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan murid untuk menjawab soalan KBAT mata pelajaran Sejarah saling mempengaruhi. Implikasi kajian ini memberi maklumat kepada para guru sejarah untuk menambah baik strategi menerapkan KBAT terhadap murid-murid tingkatan lima agar mereka menguasai kemahiran menjawab soalan KBAT sekaligus memberi kesan kepada pengetahuan, sikap dan kesediaan murid-murid terhadap soalan KBAT dalam mata pelajaran Sejarah. Justeru, guru perlu memainkan peranan yang signifikan dalam membugarkan pengetahuan, sikap dan kesediaan untuk membantu murid menguasai keupayaan menjawab soalan KBAT mata pelajaran Sejarah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Muthiah Alorsamy, & Mahzan Awang. (2024). KESEDIAAN MURID TINGKATAN LIMA DALAM MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MATA PELAJARAN SEJARAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1871