KERANGKA KONSEPTUAL MODEL INSTITUSI TAHFIZ ALAMI (MITA)
Abstract
Kekangan kewangan merupakan masalah utama yang membelenggu Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di Malaysia. Lebih parah lagi, pandemik COVID-19 yang lalu telah menyebabkan banyak ITS gulung tikar berikutan ketidakmampuan tadbir urus yang cekap dan mampan. Bantuan kerajaan dan yuran pelajar didapati tidak mampu menampung kos keseluruhan tadbir urus ITS yang semakin meningkat saban tahun. Maka, ITS sedia ada perlu mencari alternatif untuk meningkatkan sumber pendapatan di samping penjimatan sumber agar tadbir urus ITS kekal seimbang dan stabil dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan konsep tahfiz lestari, membangunkan kerangka konsep dan mencadangkan Model Institusi Tahfiz Alami (MITA) serta membincangkan polisi/dasar yang menyokong MITA. Konsep 2R1P (Reduce, Reuse dan Produce) dilihat sebagai asas dalam MITA menfokuskan tiga inisiatif hijau iaitu (i) Strategi Penuaian Air, (ii) Strategi Tenaga Boleh Diperbaharui dan (iii) Strategi Sara Hidup Makanan. Ia dilihat selari dengan Dasar Teknologi Hijau Negara (DPHN) disamping merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta Malaysia MADANI melalui teras M-keMampanan, A-kesejAhteraan dan D-Daya cipta. Maka, kerangka konseptual MITA ini diharap mampu menjadi perintis penyelidikan lanjutan ITS demi mencapai Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) untuk melahirkan 125,000 huffaz menjelang tahun 2050.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Norazmi Anas, Mohd Aariffin Mohd Taharin, & Nur Azfahani Ahmad. (2024). KERANGKA KONSEPTUAL MODEL INSTITUSI TAHFIZ ALAMI (MITA). INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1873
Issue
Section
Articles