IMPAK MAHASISWA UNIVERSITI AL-AZHAR DALAM PEMBANGUNAN INTELEKTUAL DI MALAYSIA: SATU SOROTAN SEJARAH

Authors

  • Muhd Imran Abd Razak Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda
  • Rahimin Affandi Abdul Rahim Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda

Abstract

Naratif barat sejak dahulu sering didapati merendahkan sumbangan tokoh-tokoh serta institusi-institusi penting umat Islam terhadap pembangunan negara. Termasuk pada era kini, lulusan Universiti al-Azhar juga diberikan gambaran yang negatif dengan mengaitkan mereka dengan kelemahan penguasaan akademik, kurang kemahiran insaniah, pengaruh kejumudan politik dan lain-lain unsur negatif. Justeru, artikel ini meneroka sumbangan mahasiswa Universiti al-Azhar dan kesannnya terhadap pembangunan intelektual di Malaysia. Pengkaji menggunakan pendekatan kajian Kualitatif sepenuhnya dengan gabungan metode kepustakaan dan temubual serta melakukan analisis persejarahan. Hasil kajian mendapati bahawa sumbangan positif Universiti al-Azhar terhadap perkembangan Islam di Malaysia telah diabaikan secara tidak adil oleh pihak tertentu, mengikut pendekatan skeptik dan negatif yang diambil oleh kuasa kolonial Barat. Universiti yang terkenal dengan ethos idealistik Islam telah terbukti melahirkan alumni yang telah memainkan peranan proaktif dan berkesan sebagai pemimpin intelektual umat sejak sebelum merdeka hingga kini. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran peribadi lulusan mahasiswa Malaysia di al-Azhar bagi menghadapi cabaran global dan dunia moden yang lebih mencabar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Muhd Imran Abd Razak, Rahimin Affandi Abdul Rahim, & Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin. (2024). IMPAK MAHASISWA UNIVERSITI AL-AZHAR DALAM PEMBANGUNAN INTELEKTUAL DI MALAYSIA: SATU SOROTAN SEJARAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1874