PENINGKATAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) MURID PINTAR BERBAKAT (PB): ANALISA DARI FILEM TERPILIH

Authors

  • Nurul Hafizah Maarof Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Nurul Suzaina Joli Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Nor Syamilah Md Zin Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Azizah Mohd Zahidi Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

Abstract

Era teknologi masa kini menjadikan pedagogi dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) subjek Sejarah lebih dinamik. Filem merupakan salah satu alat bantu mengajar yang mengandungi elemen visual dan audio. Ianya dapat memudahkan pemahaman murid PB terhadap fakta-fakta Sejarah yang sebelum ini lebih banyak terkandung dalam buku teks. Pembelajaran subjek Sejarah bukan hanya sekadar untuk dihafal fakta-fakta di dalamnya malahan pembelajaran tersebut lebih bermakna apabila murid PB mampu untuk berfikir seperti seorang ahli Sejarawan. Kajian ini dijalankan bagi menilai peningkatan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) murid Pintar Berbakat (PB) dengan menggunakan dua filem yang bersesuaian dengan topik yang diajar dalam subjek Sejarah Asia Tenggara: Pasca-Kemerdekaan dan Nasionalisme dan Pembinaan Negara Bangsa. Kajian dijalankan ke atas 78 orang murid PB Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Analisa ujian pra dan pasca murid PB digunakan dengan menggunakan kaedah Ujian – t bagi melihat peningkatan KPS murid PB berdasarkan peratusan, median, min, dan sisihan piawai manakala ujian korelasi pula digunakan untuk menilai korelasi antara ujian pra dan pasca murid PB. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 73% orang murid PB suka menonton filem berunsurkan Sejarah dengan terdapat keberkesanan yang positif dari aspek peningkatan KPS murid PB berdasarkan ujian pra dan pasca yang dijalankan. Para guru dan murid PB harus memanfaatkan penggunaan filem berunsurkan Sejarah dalam PdPc mereka di dalam kelas. Dengan adanya teknologi terkini, ianya dapat memudahkan murid PB untuk menonton filem di mana sahaja mereka berada sebelum bermulanya pengajaran di dalam kelas oleh guru. Namun demikian, kaedah PdPc yang tersusun dan sistematik harus dilaksanakan oleh guru agar peningkatan KPS murid PB berlaku sesuai dengan objektif pembelajaran subjek Sejarah di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nurul Hafizah Maarof, Nurul Suzaina Joli, Nor Syamilah Md Zin, Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz, & Azizah Mohd Zahidi. (2024). PENINGKATAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) MURID PINTAR BERBAKAT (PB): ANALISA DARI FILEM TERPILIH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1877