PEMBANGUNAN APLIKASI JAWLAH TIKTOQ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN HURUF ARAB DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Badariah Ruslan Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Sekolah Kebangsaan Taman Kop
  • Saipolbarin Ramli Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia.
  • Mohd Azrilhisyam Rosden Sekolah Kebangsaan Sentul 1, Jalan Sentul Kuala Lumpur.
  • Salwa Amirah Awang Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Azlan Shah, 35900 Behrang, Perak.

Abstract

‘Jawlah Tiktoq’ adalah aplikasi yang dibangunkan sebagai bahan bantu mengajar bagi pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Arab untuk murid bukan penutur. Aplikasi Jawlah Tiktoq ini dibangunkan dengan menerapkan konsep didik hibur bagi membantu murid menguasai sebutan huruf ‘mutamathilah’ dalam bahasa Arab. Terdapat empat huruf ‘mutamathilah’ dalam aplikasi ini iaitu huruf ta’, kaf, to’ dan qaf (ق ط ک ت) dan aplikasi ini dinamakan dengan huruf-huruf ini. Data menunjukkan murid berhadapan dengan masalah untuk menguasai sebutan huruf-huruf ‘mutamathilah’ dengan baik kerana huruf-huruf ini mempunyai daerah artikulasi suara dan sifat huruf yang sama. Oleh itu, kajian ini dibangunkan sebagai medium alternatif yang berkesan dalam aktiviti pengajaran huruf-huruf ‘mutamathilah’. Dalam kajian ini, aplikasi Jawlah Tiktoq telah dibangunkan sebagai bahan instruksional dengan mengadaptasi Model Instruksional ADDIE. Instrumen soal selidik telah digunakan pada fasa analisis keperluan dengan melibatkan guru-guru bahasa Arab sekolah rendah di Wilayah Persekutuan. Kaedah pensampelan bertujuan digunakan pada fasa analisis keperluan dengan melibatkan seramai100 orang guru. Data dari instrumen soal selidik dan sorotan literatur digunakan pada fasa pembangunan dan reka bentuk. Selain itu, model Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) telah digunakan bagi memastikan aplikasi yang dibangunkan dapat menarik minat dan motivasi murid serta menjadikan suasana kelas lebih kondusif dan interaktif. Fasa pelaksanaan melibatkan kumpulan rintis murid yang dipilih manakala fasa penilaian kebolehgunaan melibatkan kumpulan pakar bidang. Penggunaan aplikasi Jawlah Tiktoq yang dibangunkan telah membantu meningkatkan penguasaan murid terhadap sebutan huruf-huruf ‘mutamathilah’ bahasa Arab serta motivasi dan minat murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Badariah Ruslan, Saipolbarin Ramli, Mohd Azrilhisyam Rosden, & Salwa Amirah Awang. (2024). PEMBANGUNAN APLIKASI JAWLAH TIKTOQ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN HURUF ARAB DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1878