KONSEP WASATIYYAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM MELAKSANAKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR DI MALAYSIA

Authors

  • Mukhamad Khafiz Abdul Basir Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri
  • Nurul Khairiah Khalid Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri
  • Ahmad Firdaus Mohd Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri
  • Shukri Yahya Jabatan Syariah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Ismail Petra (KIAS) Kelantan, Malaysia
  • Suhaila Sharil Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau, Negeri Sembilan,

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang mempunyai kepelbagaian kaum dan memiliki kepelbagaian penganut agama. Keunikan masyarakat majmuk Malaysia ini menjadi perhatian seluruh umat Islam di dunia dalam melaksanakan tuntutan amar makruf nahi munkar yang ianya memiliki cabaran tersendiri dalam realiti dakwah dalam konteks Malaysia. Disebabkan kerumitan dan keunikan ini maka konsep wasatiyyah Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu diselami supaya identiti Islam dalam kalangan penganutnya tidak suram mahupun melampau hingga melahirkan persengketaan dalam masyarakat madani di Malaysia. Justeru artikel ini diketengahkan bagi menjadi panduan asas umat Islam di Malaysia dalam melaksanakan salah satu tuntutan fardu dalam beragama. Metodologi kajian ini ialah metode kualitatif berpandukan kajian dokumentasi dengan merujuk kepada tesis, jurnal dan buku-buku ilmiah yang berkaitan. Penulis mengharapkan agar artikel ini dapat menghindarkan seseorang muslim khususnya di Malaysia daripada terjerumus kepada bahaya ekstrimisme ataupun kecelaruan pemikiran yang bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mukhamad Khafiz Abdul Basir, Nurul Khairiah Khalid, Ahmad Firdaus Mohd Noor, Shukri Yahya, & Suhaila Sharil. (2024). KONSEP WASATIYYAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM MELAKSANAKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1880