PENDIDIKAN NILAI YANG TERTERAP DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai yang terterap dalam pembelajaran matematik dengan responden adalah dua orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah rendah di dearah Kuching, Sarawak. Data dikumpul secara kualitatif melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pengumpulan data telah dilakukan melalui tiga proses pembelajaran iaitu temu bual pra pembelajaran, pemerhatian semasa pembelajaran dalam kelas dan temu bual pasca pembelajaran. Hasil kajian mendapati terdapat nilai yang terterap dalam pembelajaran matematik bilik darjah iaitu nilai pendidikan umum, nilai matematik dan nilai pendidikan matematik. Nilai pendidikan umum yang terterap dalam pembelajaran matematik adalah nilai keberanian, nilai kerjasama, nilai berdikari dan nilai jujur. Nilai matematik yang terterap dalam pembelajaran matematik adalah nilai rasionalisme dan nilai objektisme. Sementara itu, nilai pendidikan matemtik yang terterap dalam pembelajaran matematik adalah nilai aktivis, nilai kebolehcapaian dan nilai penilaian. Berdasarkan dapatan kajian, diharapkan agar kajian ini dapat membantu pendidik untuk memperolehi maklumat tentang nilai-nilai yang terterap dalam pembelajaran matematik dengan memperhatikan tingkah laku dan sikap murid dalam bilik darjah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Christina Anak Meles, & Siti Rahaimah Ali. (2024). PENDIDIKAN NILAI YANG TERTERAP DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1881
Issue
Section
Articles