MENEROKA ISU DAN CABARAN MENGINTEGRASIKAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDGs) DALAM KURIKULUM PERTANIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) MALAYSIA

Authors

  • Wan Norsyafiqah Arinah Wan Norazmi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Sharifah Maryam Syed Azman Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Nur Husna Abd Wahid Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang isu dan cabaran untuk mengintegrasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dalam kurikulum pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malaysia. Mengintegrasikan SDGs ke dalam kurikulum pertanian di Malaysia memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan pemahaman tentang isu global yang mendesak, memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar dan mempromosikan pembangunan pelajar sebagai individu yang bertanggungjawab dalam menyumbang kepada pencapaian SDGs. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang melibatkan kaedah temu bual separa berstruktur untuk meneroka isu dan cabaran dalam mengintegrasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke dalam kurikulum pertanian di Malaysia. Jenis persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan bertujuan bola salji terhadap 5 orang guru pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malaysia. Kemudian, data kajian dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa isu dan cabaran untuk mengintegrasikan SDGs dalam kurikulum pertanian di Malaysia adalah penumpuan kandungan kurikulum sedia ada yang memfokuskan kepada kurikulum tradisional, kesedaran dan pemahaman guru pertanian yang terhad terhadap SDGs dan ketiadaan panduan asas untuk menerapkan Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (PPM) dalam kurikulum pertanian di Malaysia. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru pertanian, penggubal kurikulum pertanian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan organisasi penyelidikan pendidikan pertanian untuk mengetahui tentang isu-isu yang menghalang kepada penyepaduan elemen Pembangunan Mampan dalam kurikulum pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Wan Norsyafiqah Arinah Wan Norazmi, Sharifah Maryam Syed Azman, & Nur Husna Abd Wahid. (2024). MENEROKA ISU DAN CABARAN MENGINTEGRASIKAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDGs) DALAM KURIKULUM PERTANIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1884